Masalah kita sama. Masa saya mula-mula berbisnes pun tak da modal dan sokongan kewangan dari sesiapa. Sebab tak ada modal, start bisnes secara part time. Mula buat simpanan cukup untuk 6 bulan belanja dan biayai modal bisnes pakai kredit kad (not a good idea anyway).
Keluarga bukan dari kalangan berada jadi tak dapat membantu dari segi kewangan. Ada juga cuba pinjam dari kawan (tapi pinjam RM5,000 macam RM500,000 pula kita dibuatnya. Kejap-kejap tanya bila nak bayar balik). Serba salah kita dibuatnya.
Peringkat permulaan berniaga agak payah juga. Nak makan pun tak cukup. Sebab saya tak banyak membaca, mengkaji serta tak pernah pergi kursus merancang dan mengurus bisnes (takut keluar belanja kononnya) tak sampai setahun berniaga, duit habis dan rugi dekat RM50,000. Terpaksa mula dari bawah semula, kali ini dengan lebih berilmu, sistematik dan berperancangan.
Lepas 2 tahun bisnes, baru ada kenalan (bangsa cina) yang nampak kesungguhan kita berniaga dan bantu dari segi modal. Puluhan ribu, diberi tak banyak soal dan tak ada perjanjian langsung. Ada duit bayar tak ada tak apa. Tak lama lepas tu jumpa pula kenalan baru (bangsa melayu) yang membantu dan sampai hari ni mereka jadi partners saya dalam bisnes.
Alhamdulillah. Kadang-kadang bila kita buat sesuatu dengan yakin dan ikhlas bantuan dari Allah tiba dari sumber-sumber yang tak kita sangka-sangka.
Sampai hari ni saya masih berniaga dan dengan partners dapat buka ................ sendiri tanpa pinjaman dari mana-mana institusi kewangan (tapi vc/investor tu ada le).
Pendek kata, impian dan semangat sahaja untuk berniaga tidak cukup. Kita masih perlu ada kesediaan untuk belajar dan tingkatkan kemahiran berniaga terutama sekali dalam bidang perancangan, pengurusan, pemasaran dan kewangan. Tapi kena sentiasa ingat, ujian pasti ada dan rugi tu wajib.
Untuk pasti berjaya mahu tidak mahu terpaksalah berubah (minda), berani anbil risiko (calculated risks) dan sanggup buat ‘investment’ untuk diri sendiri…..
No comments:
Post a Comment